Tuesday 2 September 2014

kesan-kesan darurat






   

~KUMPULAN  4~






PENGHARGAAN


Maka kami daripada kumpulan 4,pelajar Pengajian Malaysia dengan tajuk Kesan-Kesan Darurat di Malaysia semasa penjajahan Jepun dan Parti Komunis Malaya (PKM).Disini kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan Terima Kasih kepada Puan ELNIE HENRY YAPOLAI selaku pensyarah yang bertauliah dalam kursus ini kerana beliau telah membantu kumpulan kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Selain itu,kami juga mengucapakan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan kerana telah memberi sepenuhnya kerjasama yang padu dalam kumpulan kami seperti membahagikan tugasan dengan adil sehinggga selesainya tugasan Pengajian Malaysia ini serta mengemukakan buah fikiran yang bernas dan penuh dengan kreativiti yang tersendiri.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada rakan sekelas kerana sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada kumpulan kami.Disini juga kami sertakan ucapan terima kasih kepada pihak pusat sumber Politeknik Kota Kinabalu yang telah menyediakan segala kemudahan dan kelengkapan bagi memudahkan kami untuk menyiapkan tugasan Pengajian Malaysia ini.Sesungguhnya setiap detik waktu pengalaman dan pengetahuan yang kami perolehi amatlah bermakna di masa akan datang.Sekian terima kasih.





PENDAHULUAN 


Selepas perang dunia ke-2 tamat,Parti Komunis Malaya(PKM) telah mengambil kesempatan untuk menguasai politik Tanah Melayu melalui cara perlembagaan tetapi telah gagal.

Lantaran itu,PKM telah mengubah corak perjuangan mereka secara militant.Pada tahun 1948,PKM mengambil keputusan untuk melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan british dan menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu.

Keganasan yang dilakukan oleh PKM telah memaksa pihak british mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 15 julai 1948 yang bertujuan menghapuskan pemberontakan komunis di Tanah Melayu.Zaman darurat ini telah meninggalkan pelbagai kesan kepada seluruh penduduk Tanah Melayu dari aspek politik,ekonomi dan sosial.







KESAN DARURAT DARI SEGI POLITIK


Kerajaan British telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pemberian kemerdekaan kepada Tanah Melayu kerana kerajaan mendapati rakyat Tanah Melayu semakin menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran British. Selain itu, kerajaan juga ingin mendapatkan sokongan daripada rakyat supaya tidak memihak kepada komunis. Perikatan UMNO- MCA dibawah pimpinan Tunku Abdul Rahman memainkan peranan yang penting dalam proses mencapai kemerdekaan hasil rundingan di London . Tanah Melayu diberi kemerdekaan pada tahun1957 .
  
   Pengisytiharan darurat menyebabkan aktiviti politik di Tanah Melayu tergendala terutamanya dari parti politik berhaluan kiri. Parti-parti berhaluan kiri yang dilihat bersempati dengan PKM  telah diharamkan oleh kerajaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) , Angkatan Wanita Sedar (AWAS) , Angkatan Pemuda Insaf ( API ) , dan MDU . Manakala, pemimpin-pemimpinnya pula ditangkap dan dipenjarakan seperti Ahmad Boestaman dan Ishak Haji Muhammad . Terdapat juga parti-parti politik yang bersifat sederhana terpaksa dibubarkan akibat tekanan daripada kerajaan British. Contohnya, sebilangan besar pemimpin Hizbul Muslimin yang berpusat di gunung Semanggol di tangkap oleh kerajaan British dengan menggunakan peruntukan di bawah Undang - undang darurat 1948.Namun,kerajaan british masih lagi membenarkan parti politik berhaluan sederhana seperti UMNO,MCA dan MIC meneruskan kegiatan mereka.




KESAN DARURAT DARI SEGI EKONOMI


Kerajaan juga terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membendung komunis.Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 000 dan $300 000 setiap hari bagi tujuan keselamatan untuk menghapuskan komunis. Sepanjang tempoh pengishtirahan daurat kerajaan membelajakan sebanyak $136.2 juta untuk pertahanan dan sebanyak $721.9 juta untuk memperlengkapkan pasukan keselamatan. Jumlah ini belum diambil kira peruntukan kerajaan untuk membangunkan kampung-kampung baru di bawah Racangan Briggs. Perbelanjaan yang besar ini telahmenimbulkan beban kewangan kepada kerajaan iaitu sehingga tahun 1953, Tanah Melayu mengalami defici belanjawan sebanyak $1.46 juta. Kedududkan kewangan yang terbatas ini telah menyebabkan kerajaan untuk membangunkan semula ekonomi Tanah Melayu. 

Pengganas komunis telah bertindak merosakkan landasan kereta api, jalan rayam lombong bijih timah, menyerang kenderaan awam dan menetak beribu-ribu batang pokok getah. Sabotaj yang dilakukan oleh komunis ini bertujuan untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu. Akibat tindakan komunis ini, kerajaan telah mengistiharkan daurat dengan mengadakan sekatan jalan raya dan perintah berkurung yang sering kali menggangu kelicinan urusan perdagangan Tanah Melayu. Keadaan politik Tanah Melayu yang bergolak ini menyebabkan pelabur-pelabur tidak berani melabur modal di Tanah Melayu.




 KESAN DARURAT DARI SEGI SOSIAL

Kempen memerangi komunis dijalakan selama 12 tahun (1948-1960) yang menyaksikan rakyat hidup menderita keganasan komunis. Pelaksanaan undang-undang daurat sepert perintah berkurung amat menyusahkan hidup rakyat kerana tidak dapat menjalakan pekerjaan dan aktiviti harian mereka. Bekalan beras berkurangan kerana semakin banyak sawah ditinggalkan oleh petani tanpa diudahakan. Begitu juga dengan padi huma dan kerja-kerja ladang yang lain seperti jagung, ubi dan pisang turut tidak  dikerjakan bagi menambahkan bahan makanan. Kekurangan makanan telah menyebabkan kerajaan bertindak mencatukan makanan dan catuan yang dikenakan telah menyebabkan rakyat terpaksa bergantung kepada ubi kayu dan keledek sama seperti yang dialami semasa zaman jepun. Walaupun catuan makanan-makanan ini berjaya menyekat bekalan makanan daripada sampai kepada komunis, namun rakyat hidup menderita akibat kekurangan makanan.

Melalui undang-undang darurat, kerajaan boleh menahan sesiapa sahaja yang dianggap mengancam keselamatan negara atau disyaki bersubahat dengan komunis tanpa perlu dibicara di makamah, orang ramai tidak dibenarkan berkumpul melebihi 5 orang di tempat terbuka tanpa mendapat kebenaran polis. Sesiapa yang membawa atau menyimpan senjata api tanpa permit boleh dihukum bunuh. Ramai penduduk terutama orang cina ditangkap dan dipenjara sebahagian daripada mereka dihantar pulang ke negara China.



KESAN DARURAT DARI SEGI KEMUDAHAN ASAS

Gangguan terhadap kemudahan asas banyak dilakukan oleh pihak komunis pada zaman darurat.Tujuannya ialah untuk menimbulkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan.Antara kemudahan asas yang disediakan kerajaan ialah kereta api,jalan raya,perkhidmatan telegraf dan telefon,bekalan air paip,bekalan elektrik,sistem pengairan,dan peparitan serta perkhidmatan kesihatan dan perubatan.Pelbagai tindakan kejam pihak komunis untuk merosakkan kemudahan asas yang disediakan.Namun begitu,kerajaan turut berusaha untuk menangani masalah yang ditimbulkan oleh komunis dengan membaiki kemudahan yang rosak,membina saluran bekalan air batu,menyediakan lampu pagar di sekeliling kampung dan sebagainya lagi.

Antara tindakan komunis ialah menjalankan kempen sabotaj terhadap jalan raya dan kereta api.Landasan kereta api dirosakan menyebabkan kereta api tergelincir dari landasan.Mereka juga menembak kereta api yang sedang bergerak,membakar kereta api dan sistem komunikasi.Mereka turut merampas kereta api yang membawa bekalan makanan.Namun,pihak kerajaan berusaha membaiki dan mengambil langkah berjaga-jaga daripada serangan komunis telah menghentikan perkhidmatan mel malam di antara kuala lumpur dengan singapura.


KESAN DARURAT DARI SEGI PENDIDIKAN

Dasar pendidikan merupakan satu langkah ke arah penyatuan pelbagai kaum di Tanah Melayu.Pendidikan sebelum zaman darurat terbahagi kepada empat jenis aliran pendidikan iaitu sekolah inggeris,sekolah melayu,sekolah cina,sekolah india.Sekolah-sekolah ini berbeza sukatan pembelajarannya menyebabkan sistem persekolahan menjadi tidak seimbang bagi setiap kaum di Tanah Melayu.Keadaan ini tidak mewujudkan kesedaran kebangsaan penduduk di Tanah Melayu ke arah pembentukan sebuah bangsa yang bersatu.

Semasa era darurat berlangsung,sekolah melayu,sekolah cina,sekolah tamil,sekolah inggeris dan sekolah di kawasan kampung baru dibuka kepada penduduk tanah melayu.Masyarakat Melayu mula sedar akan pentingnya pendidikan.Buktinya kemasukan pelajar ke sekolah semakin bertambah dari semasa ke semasa.Sekolah cina pula mendapat tentangan hebat daripada pihak komunis terutamanya pengetua sekolah,guru dan pelajar.Pada 13 november 1948,tiga orang komunis telah menyerang sekolah lam huah di kahang,johor.Kejadian itu telah menyebabkan seorang pengetua mati dibunuh.






         CONTOH-CONTOH KESAN DARURAT


Tarikh mula darurat di Malaya


Keadaan sosial di Tanah Melayu 




Berlaku kemusnahan harta benda penduduk kampung pada zaman darurat.



Belaku huru-hara disana sini oleh komunis yang membuat pemberontakan pada zaman darurat.




Turut belaku juga kemusnahan harta benda seperti dalam gambar diatas, kereta api.





Anak sungai merupakan salah satu jalan penghubungan yang selalu digunakan.



Kumpulan tentera Tanah Melayu memulakan operasi memerangi komunis pada zaman darurat.



Belakunya penunjukan perasaan yang tidak puas hati kepada kerajaan British supaya mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu.






Penduduk tempatan membaiki landasan kereta api yang dirosakan oleh komunis.






Pasukan tentera meronda mengelilingi kampung untuk memantau keselamatan penduduk kampung.




Kewujudan “Home Guard” di kawasan kampung untuk menjaga keselamatan kawasan kampung daripada ancaman komunis.





Komunis membuat pemerhatian dan merancang strategi  untuk menceroboh kawasan kampung-kampung.